
Jika anda seorang yang mempunyai hobi mengumpul setem, sudah pasti anda mempunyai
akaun SODA. Jika anda belum mempunyai SODA, jom sertai kami sekarang juga agar anda tidak terlepas memiliki keluaran setem mengikut tarikh2 tertentu.
Tarikh Keluaran Setem 2011
Apakah itu SODA?
SODA bermaksud ‘Standing Order Deposit Account’ atau Akaun Pesanan Tetap untuk pesanan produk-produk filateli secara langganan di mana pelanggan boleh mendaftar sebagai ahli dan pesanan akan dihantar ke alamat penerima setiap kali keluaran setem tema baru. Pesanan akan dihantar selagi baki akaun mencukupi.
Bagaimana menyertai SODA?
Anda perlu melengkapkan borang keahlian Akaun Pesanan Tetap yang boleh didapati seperti berikut:
1. Laman sesawang rasmi Pos Malaysia
www.pos.com.my
2. Semua pejabat-pejabat pos di seluruh negara
3. Di Setem Galeri, Tingkat 2, Pejabat Pos Besar, Bangunan Pos Malaysia Berhad
4. Secara Online di talian
www.posonline.com.my
(pembayaran dan “top-up” di terima melalui pindahan bank secara online)
Sertai SODA online
Saya menyertai SODA melalui talian memandangkan internet dihujung jari saja (^__^)
tak perlu susah payah pergi ke pejabat pos, jimat masa dan nak top up akaun pun senang saja.
Hanya ikut langkah mudah seperti ini:-
1. Daftar
https://www.posonline.com.my
2. Login ke akaun
3. Lihat bahagian 'Philately Online'
4. Klik 'Opening of Soda Account Form'
- Sila simpan maklumat anda terutamanya no.akaun SODA
untuk rujukan masa akan datang.
5. Klik 'SODA Account Top Up'
- Minimum Deposit ialah RM50
- Caj RM0.50 akan dikenakan setiap kali transaksi top up akaun
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang akaun SODA
http://www.pos.com.my/pos_bm/personal/help/filateli.aspx
Terima Kasih Pos Malaysia.