Friday, July 13, 2012

Buku Besar Pantas Membaca

Salam sejahtera,
Apa khabar?

Saya nak share dengan anda tentang buku yang baru saya beli untuk anak saya Diva Deccy iaitu Buku Besar Pantas Membaca. Sebelum ini, saya hanya menggunakan Buku Siri Cepat Membaca untuk mengajar Diva membaca. Bagi saya, kedua-dua buku ini sangat bagus dan masing-masing ada kelebihannya.

Beberapa Kelebihan pada:-

Buku Siri Cepat Membaca 
- Buku kecil, mudah dibawa
- Mempunyai VCD belajar Fonik dan Lagu Abu Ada Ayam
- Harga murah, semua mampu milik....dll.

Buku Besar Pantas Membaca
- Buku Besar, senang baca, kanak-kanak pun suka
- Ada gambar2 menarik
- Tersusun

Sangat bagus jika dapat memiliki kedua2 Buku ini. (^_^)

Saya copy paste dekat sini kebaikan buku ini yer... copy dari laman web edukidbooks.com tempat saya membelinya...

------)@
Pek Buku Besar Siri Bestari Pantas Membaca
Buku-buku dalam siri ini diterbitkan khusus untuk membantu kanak-kanak menguasai teknik bacaan. Membaca adalah jambatan ilmu. Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan huruf-huruf konsonan, huruf vocal, suku kata, perkataan, ayat-ayat mudah dan seterusnya ayat-ayat yang lebih kompleks.

Kesemuanya disusun dengan teratur dan teliti untuk mencapai matlamat agar kanak-kanak ‘PANTAS MEMBACA’.

CD Audio juga diberikan secara percuma untuk membantu melancarkan pembacaan kanak-kanak.
-----)@

Harga buku ini ialah RM135.20...tidak termasuk kos penghantaran. Beli sekali, guna sampai bila-bila... (^_^)


   

No comments:

Post a Comment

Rakan Blogger

SEO