Sunday, April 17, 2011

Selamat Hari Jadi, Sayang...

14-4-2011, Tarikh kelahiran anak bongsu saya DANIYA DANICA. Umurnya kini genap 2 tahun. Nika seorang yang periang, mudah belajar, suka menyanyi dan comel... Terima kasih Tuhan kerana Nika sudah sembuh dari demam selesema beberapa hari sebelum Ulang Tahun Kelahirannya. Layan gambar Nika dan kakaknya Deccy...

Pasar Aneka Taman Selat

Saya teringin sangat nak ke lokasi ini. Apabila tengok semua koleksi2 yg ada dalam gambar ini, ingin saja miliki semuanya.hehe.....inilah saya, suka sangat pada barang antik...coin/banknotes...setem...pantang bila nampak.

Gambar2 ini sy ambil dari blog Cikgu Din Rambong dengan keizinan daripadanya. Saya letakkan gambar2 ini di blog saya untuk membakar lagi semangat...moga2 suatu hari kelak dapat melawat tempat ini "PASAR ANEKA TAMAN SELAT".


Pintu Utama














SA-RIBU RINGGIT..ada bran? RM7500..VF adoiiiiiii. boleh pandang2,jgn pegang2..

Masih utuh berdaulat..RM500.Mau angkat,x mau boleh jalan..

RM90..Luiciano yg berjaya di'sebat' oleh cikgu Din..hehe.


Wednesday, April 13, 2011

The Most Expensive Stamps

Little History of Stamp

Stamps was published for the first time in England. It created by Sir Rowlan Hill. With his innovative help people to communicate to each other by stick the stamps on the envelope. Bhutan as a one of the country in Himalaya obtain foreign exchange revenue from selling postage stamps for philately collections around the world. We get a lot of benefit from the stamps like: the stamp can stick the relationship between children and parents, fellow friends, peace among world leaders. stay away from drugs, love the environment and sports. introduce the culture of a country and the resort. Inside the stamps contain many themes with specific mission and vision.

Benefit Become Philatelist

Philately is the activity of collecting postal items. Collecting stamps is nice hobby. We can get knowledge from here. Also become an investment for the future, we get a much profits. The collector of stamp who have a lot of money, He would willing to buy a rare old stamps or first day covers. Of these fun activities that can bring a big profit for us. As a consideration is the less people who use the postal service to send a letter using stamps. Someday kind stuff like stamp to be a rare item and hard to find.
Do you know that there are some stamps become very rare and Very expensive. It looks small stuff but behind the history of the stamps, this stuff become valuable things. The value of a stamp can be seen from the age of these stamps. More old-fashioned of the stamps, it more expensive. I have the list of the most expensive stamps over the world.

The Three-Skilling Yellow

One of the Swedish government publications, first printed in 1855. Three-Skilling Yellow is one of the rarest stamps and the only remaining. With the normal stamp with blue and green color also rare stamps. In 1990 it sold reached one million dollars U.S, then in 1996 sold for $ 2.3 million. And each time this stamps sold always scored the highest number as a most expensive stamps in the world.





The first two Mauritius

The first two Mauritius is The first two series of stamps published by the British colonial government. Just only remaining the first stamps and three second stamp with unused condition. The first stamps orange sold for $ 1,072,260 and the second sold for $ 1,148,850



The inverted Jenny
The inverted Jenny was made by US postage with image a Curtiss JN-4 plane. Accidentally printed upside down; this is probably the most famous misprint in the world of American philately. Only 100 stamps of the remaining print, making it one of the stamps of the most valuable print. A November 2007 an inverted Jenny stamps sold for U.S. $ 977,500.December 2007 a mint stamps (unused / not used) with very good condition sold to a Wall Street executive for $ 825,000. Remaining 100 stamps have expensive price, especially if remaining one or two stamps all over the world.




British Guiana One Cent Black on Magenta
British Guiana One Cent Black on Magenta was publish on 1856. This stamps including the rarest and most expensive stamps. It printed on low quality paper in magenta with black ink. There is only one left all over the world. So this stamp was unique and no other else ever found. On 1980 it sold for $935,000.I can't imagine how much does it price now.




U.S. Franklin Z-Grill
U.S. Franklin Z-Grill was published on 1867. This is the rarest of all postage stamps in US. Only found 2 pieces that remain. On 1988, 1 cent "Z-Grill" stamp sold for $ 930,000. Maybe the price much more expensive now.




Hawaiian Missionaries
Hawaiian Missionaries is the first Hawaii stamp. This is the rarest stamp because it roughly printed with thin paper and low quality, only a few remaining. 2 cent Missionary stamp in mint condition (unused) for $ 760,000 and used the condition for $ 225,000. Wow....very expensive




I hope this hub become our inspiration in keep something. Maybe it sold thousand even million of dollar price. So, start keep your stamps right now. Someday may become rare stamp and valuable.



Sumber: http://hubpages.com/hub/The-Most-Expensive-Stamps-in-The-World

Friday, April 1, 2011

BERITA: Mengiktiraf seni miniatur

BARANGKALI petikan dialog romantis antara Jake dan Rose dari filem Titanic membawa maksud tersendiri bagi yang pernah menonton karya James Cameron itu. Berkesan sekali lakonan Leornardo Di Capario dan Kate Winslet hinggakan kisah cinta mereka menenggelamkan nilai sejarah dan tragedi yang melanda kapal gergasi RMS Titanic itu.

Karya yang telah memenangi 11 anugerah dengan rekod filem terlaris sepanjang masa melalui kutipan sebanyak AS$1.843 bilion (RM6.3 bilion) itu menjadi filem yang paling disukai oleh Ahmad Fahmi Ahmad Fushairi, 10.

Seandainya golongan remaja dan dewasa menganggapnya sebagai simbolik percintaan, namun bagi si cilik ini, filem itu mencetus sumber inspirasinya terhadap pengumpulan setem bercirikan kapal yang kebanyakannya dari luar negara.

"Jika dilihat dari reka bentuk kapal tersebut begitu unik sehingga mencatatkan kapal persiaran yang termahal ketika itu. Di dunia ini kita dapat lihat pelbagai bentuk kapal. Ada kapal layar, kapal selam dan kapal perang malah kapal pengangkut pesawat.

"Bila zaman berubah, teknologi perkapalan juga semakin canggih," katanya bak seorang pakar kapal dan pelayar berpengalaman.

Setem yang kebanyakannya diperoleh melalui pemberian kenalan dan juga pak ciknya, Abdul Rahim Mohd. Syafie, 51, membolehkan minda kanak-kanak itu menjangkau pengetahuan tentang sejarah dan fungsi kapal.

AHMAD FUSHAIRI (kanan), isterinya; Rosina Karim (kiri) sentiasa menyokong minat anak mereka Ahmad Fahmi (dua dari kanan). Di sebelah Ahmad Fahmi ialah Ahmad Firdaus.

Fahmi menjelaskan, dia mula berjinak-jinak dengan hobi itu semasa umurnya tujuh tahun. Apabila kerap mendengar cerita mengenai destinasi menarik, bangunan dan haiwan, dia semakin obses untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.

"Setiap kali saudara-mara bercerita, saya akan membayangkannya. Dari situ timbul minat untuk mengetahui keadaan sebenar," katanya petah.

Tambahan pula kesudian ibu saudaranya, Rafidah Ahmad Syafie, 30, memberikan antara koleksi buku setemnya membuatkan Fahmi terfikir, jika dia tidak mampu melawat setiap destinasi menarik di dunia, lebih baik dia mengumpul setem.

Azam dan minat itulah yang mendorongnya mengumpul setem-setem yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia dan menjadi salah seorang ahli SODA (Akaun Deposit Arahan Tetap) sejak tahun lalu.

Kelebihan yang dimiliki itu membolehkannya mendapatkan setem-setem dan produk filateli lain Pos Malaysia tanpa perlu beratur di pejabat pos pada hari keluarannya.

"Menjadi ahli SODA begitu istimewa kerana setem dihantar terus ke rumah. Tidak perlu penat-penat beratur panjang," ujarnya yang berpendapat setem Malaysia mempunyai kelebihannya tersendiri.

Duta negara

Dia merujuk kepada siri setem kartun Kampung Boy yang disifatkannya sebagai unik. Kanak-kanak itu nyata menghargai senario santai masyarakat kampung seperti permainan tarik nipah, main guli, main baling selipar dan tenteng.

"Walaupun saya jarang bermain dengan permainan itu tetapi setidak-tidaknya saya tahu aktiviti yang pernah bapa saya lakukan ketika membesar di kampung," ujarnya yang memiliki setem dan sampul hari pertama berserta tandatangan Datuk Mohd. Nor Khalid atau Lat.

Pandangan itu turut dipersetujui oleh seorang lagi peminat setem, Prof. Datuk Raja Zahabuddin Raja Yaacob. Beliau merupakan Dekan Fakulti Teknologi Seni Lukis dan Seni Reka Industri, Universiti Industri Selangor (UNISEL).

Jelas beliau, apabila sesuatu setem dikeluarkan ia disertakan dengan katalog bagi menceritakan sejarah dan makna di sebalik penghasilan setem itu.

Misalnya, pakaian masyarakat Melayu khasnya tengkolok (destar), ia bukan sahaja dianggap sebagai aksesori atau penghias kepala bahkan mencerminkan sesuatu simbol.

"Tengkolok Diraja yang dipakai oleh sultan-sultan di Malaysia merupakan satu keunikan budaya masyarakat Melayu di negara ini. Malah, terdapat pelbagai bentuk ikatan tengkolok. Antaranya ialah ikatan Anak Gajah Menyusu, Lang Menyusur Angin dan Dendam Tak Sudah.

RAJA ZAHABUDDIN berpendapat setem masih relevan pada zaman ini.

"Kesemua ini bertujuan dalam meningkatkan kesedaran dan pemahaman orang ramai terutama generasi muda," jelasnya yang juga merupakan salah seorang pereka setem di Malaysia.

Selain itu, beliau melihat mobiliti setem dari satu tempat ke satu tempat sebagai duta bagi sesebuah negara.

"Mungkin bagi kebanyakan orang setem hanyalah kepingan kertas kecil yang ditampal di bahagian atas sampul surat dengan nilai 30 sen, 50 sen atau RM1. Malah tidak salah sekiranya dikatakan mereka hanya menganggap ia sebagai pelengkap proses penghantaran.

"Namun sebenarnya setem itu adalah seni miniatur yang diiktiraf. Keunikan yang ada padanya mampu memberikan gambaran kepada masyarakat luar terhadap negara kita. Sekiranya diamati, ia turut memberi faedah sebagai agen pelancongan," tambah bekas Pensyarah Seni Reka Grafik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu.

Aktiviti kelab filateli menurut beliau, bertindak sebagai satu alat perhubungan sosial yang luas khususnya di antara komuniti peminat dan pengumpul setem. Terdapat hampir 200 negara seluruh dunia yang mengeluarkan setem negara masing-masing. Sebagai peminat setem, mereka pasti terdorong untuk mengetahui variasinya.

Pemilik koleksi setem potret keluarga kerabat diraja British itu memberitahu, beliau pernah disindir oleh beberapa rakannya yang menganggap setem kurang bernilai pada era teknologi. Namun, Raja Zahabuddin mempunyai pandangan tersendiri.

"Setem mempunyai peminatnya yang sendiri di seluruh dunia. Sedar atau tidak, penggunaan setem masih diperlukan dalam aktiviti pengeposan terutama surat rasmi.

"Menerima sepucuk surat yang bersetem memiliki nilai kenangan yang lebih mendalam daripada penggunaan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau e-mel," kata beliau. Bak kata pepatah, lain padang lain belalangnya, lain orang lain pandangannya. Penggiat hobi tersebut, Datuk Anuar Bashah Mohd. Sahore mempunyai pandangan tersendiri.

Artifak berharga

"Mengumpul bagi saya tidak mencukupi untuk menjelaskan konteks aktiviti ini. Mengumpul menunjukkan seseorang hanya mengumpul dan meletakkan setem yang diperoleh ke dalam almari. Seolah-olah tiada yang istimewa padanya.

"Berbeza dengan minat terhadap setem. Perkataan itu sahaja membuatkan seseorang berasa teruja terhadap aktiviti yang dilakukan. Ia membuatkan kita berusaha mendapatkan sesuatu yang mungkin di luar jangkauan kita," kata beliau.

Tambah Pengarah Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad itu, dengan minat yang mendalam, seseorang itu mampu menjadikan aktiviti pengumpulan sebegini memupuk semangat ingin tahu dan lebih menarik.

Anuar menerangkan, kepada yang menggemarinya, koleksi setem tersebut seperti artifak berharga. Setiap setem yang dihasilkan mempunyai cerita masing-masing.

Beliau tidak dinafikan hobi mengumpul setem mampu menjana pendapatan, lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai koleksi setem yang unik dan bersejarah.

"Setem lama yang sukar dicari mempunyai nilai yang tinggi dan harganya juga boleh mencecah hingga beratus kali ganda.

"Namun andai dibandingkan dengan usaha kita dalam mendapatkan setem tersebut apa sangatlah nilainya," ujar beliau yang telah mengumpul lebih 100,000 setem.

Anuar merumuskan, setiap setem yang beliau peroleh bak jantung keduanya. Mungkin perasaan dan perbandingan itu turut difahami oleh si cilik Fahmi, Raja Zahabuddin dan ribuan lagi peminat setem di negara ini.

sumber: kosmo

GHOST!!

Pernahkah kamu ternampak makhluk yg bernama 'hantu'..atau nama glamer dalam BI 'ghost'..? pic di atas tu 'ghost rider'. pernah tengok kisah ni? kisah filem ni tak seram tp excited nak tengok ghost moden..hehe.. yang sy nak cerita ni adalah yg REAL punya. huh...mesti....ada yang pernah dan ada yang tidak pernah nampak,dengar etc? Kamu percayakah ada 'hantu'? Ramai yang kata, sekarang zaman moden, semua tu karut saja. Terpulang pd anda samada percaya atau tidak tapi saya pe..caya, sebab saya pernah mengalaminya. Saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman2 yg saya tidak pernah lupakan ini. Jangan takut...ini kisah biasa2 sj. Tapi memang BENAR..saya TAK TIPU. KISAH 1
Saya masih teringatkan suatu masa dulu semasa saya seorang student nurse dan sedang pratikal di sebuah klinik Desa Tuaran..nama klinik tu saya dah lupa. Klinik tu berdekatan dengan perkuburan orang Islam. Saya dan kawan saya Syaziah seronok pratikal di sana kerana orang2 di situ baik2 saja..sempat lagi tengok malam berinai pengatin baru......jalan2 kat pekan dan kelly bay resort, ke pantai dll. seronok sangat time tu... opss...bila nk ceta hantu ni??he3... ok le,,nak start ni. malam jumaat.....kira2 jam 7pm.... saya dan syaziah sedang belek2 buku. Tetiba kedengaran bunyi yg riuh..bising...orang bercakap2....budak ketawa2 dan berlari-lari.......sepertinya klinik dibuka pada hari biasa. Terdiam kami seketika...bunyi tu agak lama juga.. "sal, ko dengar....?" tanya saya. "ya", jawab kwn saya. Kami diam saja. memang jelas sangat kedengaran sebab rumah pelatih dengan klinik jarak 2 langkah je. Jadi, apakah semua tu...? hantu sedang berpesta?atau.... KISAH 2 Masa zaman budak2 dulu..lepas saja balik dari sekolah..saya selalu pergi ke tebing sungai. selalu dengan kawan2 dan sekali sekala seorang diri. Di tepi sungai ni ada sebatang pokok kayu yang besar...dan mungkin pokok tu sudah berusia ratusan tahun. Di bawah pokok kayu ni ada batu besar..tapi tak besar sangat :-) suatu hari, saya naik ke atas batu ni...tetiba saja saya terdengar bunyi riuh seperti ramai sangat orang sedang bercakap. Puas saya tengok sekeliling tapi tiada orang juga...hairan...!! Bulu roma saya mula meremang......apa lagi, lari.......terus balik rumah. huh... hari ini, saya berfikir dan membuat andaian, mungkin suatu masa dulu....orang buat pemujaan di situ. Tulah ada bunyi2 pelik. Pernah sekali, saya mandi dengan kawan2...tetiba auntie ni panggil. Masa tu, auntie ni sedang makan betik masak.....tapi hairan dia tinggalkan saja. Kami cepat2 mendekati auntie ni... auntie ni kata" mari kita balik, saya ada dengar bunyi sesuatu tadi..." Jadi, memang sah ni........ada sesuatu yg tak kena dengan pokok kayu besar tu. Sehingga hari ini, saya tidak pernah ke sungai dekat pokok besar tu. Bila saja tengok pokok kayu tu, teringat saya zaman budak2. Di seberang jambatan sungai tu, saya pernah nampak makhluk PUTIH..TINGGI...BERGOYANG2 PERLAHAN..tapi tak de kepala dan kaki sebab terlindung di sebalik kayu. Saya langsung tak takut..tapi rasa hairan pulak. Saya cepat2 hantar kain yg saya cuci di sungai ke rumah.....dan kembali ke tempat tadi dengan membawa kayu. Lembaga tu....da tak de.
Air sungai kat kampung sy masih belum tercemar, bersih dan jernih. balik sabah krismas nanti nak 'berkayak'. nak join? jomm..... KISAH 3 Kisah semasa saya bekerja di hospital -- (nama hospital adalah PRIVASI :-) LIF BERHANTU - Ramai staff yg mengatakan Lif no.2 bangunan hosp yg mempunyai 8 tingkat ini dikatakan 'berhantu'. Ramai yang da terkena dengan lif tu. Ada yg mengatakan, lif tu pandai membawa staf klinikal ke lokasi yg tidak betul....jika staff tu nak ke tingkat 3, lif tu pulak tak nak berhenti. mesti juga nak ke tingkat atas..tingkat 7 atau 8. Yang menakutkan lagi kisah sorang staff ni, staff ni dari Lab..membawa infusi darah. Dia seorang saja yg masuk ke lif 2 masa tu...dalam hati tak nak, tapi terpaksa kerana pesakit memerlukannyaa. Staff ni pun masuklah...dlm lif tu, tetiba ada bau hanyir..staff tu tengok ke atas, ya ampun....!! ada spesis dengan mata merah memandang ke arahnya. Nasib baik lif terbuka....! kalau tak...tak tau le apa nak jadik pas tue. Saya pun ada pengalaman sekali dgn lif tu, masa tu..adalah waktu sekitar jam 7pm. Lif2 lain digunakan. cuma lif no.2 sj yg kosong dan terbuka. Saya pun masuk...tekan tingkat no.3, tapi..lif tak berhenti. Lif bawa saya ke tingkat 7. Saya tekan no.3, lif tak juga nak turun. Bergegar juga lutut masa tu...saya terus keluar dan lif kemudian tertutup. Huhh...mungkin benar juga kata orang LIF NO.2 BERHANTU!!
Ni video diambik dari youtube.. cuma nak bg ilustrasi ..bgmn hantu2 lif ni agaknya. KISAH 4 Mengingat kembali zaman persekolahan menengah atas... Saya tinggal di asrama. Kejadian ini berlaku kepada pelajar ting.2 di asrama lelaki. Menurut cerita, pelajar ini telah menjumpai sebutir batu yg unik dan berkilauan di tepi jalan menuju ke kedai. Pelajar ini menyimpannya. Beberap hari kemudian, berlaku perubahan yg amat memeranjatkan terjadi pd pelajar ini. Pelajar ini kuat makan....seringkali makan tersorok di almarinya. Pada malam hari..tetiba pelajar ini mengamuk..dan mengeluarkan suara yg tak dikenali..garau dan ----- semua penghuni asrama kecoh. Pelajar tu mengangkat double katil di biliknya dengan senang, seperti ada kuasa yg menguasai dirinya. Katil tu dibuang keluar...nasib baik penghuni lain diluar kawasan. Warden asrama terpaksa memanggil org yg lebih arif berunding dengan makhluk halus yg telah merasuki pelajar tersebut. Yang gilanya, ada cikgu2 nakal ni sempat lg meminta nombor ekor pd 'makhluk' tu.....dengar cerita, cikgu2 ni dpt nombor ekor tempat ke-3. Fuyohh....!! Tapi kesian sgt dgn pelajar tu, sebab makluk halus tu berjanji nak datang balik pd keesokan harinya pd jam 11pm. Setelah 'makhluk' itu pergi, pelajar itu terus lemah. Keesokan harinya, makhluk itu datang semula seperti yg dijanjikannya. Mujur ada ustaz sekolah...dan beberapa cikgu lain. Menurut cerita dari penghuni asrama lelaki, batu yg dijumpai oleh pelajar itu di---- dan ditanam jauh dari kawasan sekolah. Setelah itu, pelajar itu tidak lagi mengalami kejadian2 yg malang menimpa dirinya. P/S: Jika anda terjumpa benda2 kecil spt batu ganjil, duit ditepi jalan atau lain2 dimana anda ragu2 untuk mengambilnya, JANGAN AMBIL dan USAH ambil kerana sesetangah kaum berpendapat benda2 ini mempunyai 'kadam' atau 'penunggu'. Apa pun....semuanya terserah pd diri masing2. KISAH 5 HANTU apa niii..........?
seram? kekekeeee....awak pun boleh jadi hantu towel rupanya. hehe...
Selamat membaca dan sila komen..atau share pengalaman anda pulak.

Rakan Blogger

SEO