Pernahkah kamu ternampak makhluk yg bernama 'hantu'..atau nama glamer dalam BI 'ghost'..? pic di atas tu 'ghost rider'. pernah tengok kisah ni? kisah filem ni tak seram tp excited nak tengok ghost moden..hehe..
yang sy nak cerita ni adalah yg REAL punya.
huh...mesti....ada yang pernah dan ada yang tidak pernah nampak,dengar etc?
Kamu percayakah ada 'hantu'?
Ramai yang kata, sekarang zaman moden, semua tu karut saja.
Terpulang pd anda samada percaya atau tidak tapi saya pe..caya, sebab saya pernah mengalaminya.
Saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman2 yg saya tidak pernah lupakan ini.
Jangan takut...ini kisah biasa2 sj. Tapi memang BENAR..saya TAK TIPU.
KISAH 1
Saya masih teringatkan suatu masa dulu semasa saya seorang student nurse dan sedang pratikal di sebuah klinik Desa Tuaran..nama klinik tu saya dah lupa. Klinik tu berdekatan dengan perkuburan orang Islam. Saya dan kawan saya Syaziah seronok pratikal di sana kerana orang2 di situ baik2 saja..sempat lagi tengok malam berinai pengatin baru......jalan2 kat pekan dan kelly bay resort, ke pantai dll. seronok sangat time tu...
opss...bila nk ceta hantu ni??he3...
ok le,,nak start ni. malam jumaat.....kira2 jam 7pm....
saya dan syaziah sedang belek2 buku. Tetiba kedengaran bunyi yg riuh..bising...orang bercakap2....budak ketawa2 dan berlari-lari.......sepertinya klinik dibuka pada hari biasa. Terdiam kami seketika...bunyi tu agak lama juga.. "sal, ko dengar....?" tanya saya. "ya", jawab kwn saya. Kami diam saja. memang jelas sangat kedengaran sebab rumah pelatih dengan klinik jarak 2 langkah je. Jadi, apakah semua tu...? hantu sedang berpesta?atau....
KISAH 2
Masa zaman budak2 dulu..lepas saja balik dari sekolah..saya selalu pergi ke tebing sungai. selalu dengan kawan2 dan sekali sekala seorang diri. Di tepi sungai ni ada sebatang pokok kayu yang besar...dan mungkin pokok tu sudah berusia ratusan tahun. Di bawah pokok kayu ni ada batu besar..tapi tak besar sangat :-)
suatu hari, saya naik ke atas batu ni...tetiba saja saya terdengar bunyi riuh seperti ramai sangat orang sedang bercakap. Puas saya tengok sekeliling tapi tiada orang juga...hairan...!!
Bulu roma saya mula meremang......apa lagi, lari.......terus balik rumah. huh...
hari ini, saya berfikir dan membuat andaian, mungkin suatu masa dulu....orang buat pemujaan di situ. Tulah ada bunyi2 pelik.
Pernah sekali, saya mandi dengan kawan2...tetiba auntie ni panggil. Masa tu, auntie ni sedang makan betik masak.....tapi hairan dia tinggalkan saja. Kami cepat2 mendekati auntie ni... auntie ni kata" mari kita balik, saya ada dengar bunyi sesuatu tadi..."
Jadi, memang sah ni........ada sesuatu yg tak kena dengan pokok kayu besar tu. Sehingga hari ini, saya tidak pernah ke sungai dekat pokok besar tu. Bila saja tengok pokok kayu tu, teringat saya zaman budak2.
Di seberang jambatan sungai tu, saya pernah nampak makhluk PUTIH..TINGGI...BERGOYANG2 PERLAHAN..tapi tak de kepala dan kaki sebab terlindung di sebalik kayu. Saya langsung tak takut..tapi rasa hairan pulak. Saya cepat2 hantar kain yg saya cuci di sungai ke rumah.....dan kembali ke tempat tadi dengan membawa kayu. Lembaga tu....da tak de.
Air sungai kat kampung sy masih belum tercemar, bersih dan jernih. balik sabah krismas nanti nak 'berkayak'. nak join? jomm.....
KISAH 3
Kisah semasa saya bekerja di hospital -- (nama hospital adalah PRIVASI :-)
LIF BERHANTU - Ramai staff yg mengatakan Lif no.2 bangunan hosp yg mempunyai 8 tingkat ini dikatakan 'berhantu'. Ramai yang da terkena dengan lif tu. Ada yg mengatakan, lif tu pandai membawa staf klinikal ke lokasi yg tidak betul....jika staff tu nak ke tingkat 3, lif tu pulak tak nak berhenti. mesti juga nak ke tingkat atas..tingkat 7 atau 8. Yang menakutkan lagi kisah sorang staff ni, staff ni dari Lab..membawa infusi darah. Dia seorang saja yg masuk ke lif 2 masa tu...dalam hati tak nak, tapi terpaksa kerana pesakit memerlukannyaa. Staff ni pun masuklah...dlm lif tu, tetiba ada bau hanyir..staff tu tengok ke atas, ya ampun....!! ada spesis dengan mata merah memandang ke arahnya. Nasib baik lif terbuka....! kalau tak...tak tau le apa nak jadik pas tue. Saya pun ada pengalaman sekali dgn lif tu, masa tu..adalah waktu sekitar jam 7pm. Lif2 lain digunakan. cuma lif no.2 sj yg kosong dan terbuka. Saya pun masuk...tekan tingkat no.3, tapi..lif tak berhenti. Lif bawa saya ke tingkat 7. Saya tekan no.3, lif tak juga nak turun. Bergegar juga lutut masa tu...saya terus keluar dan lif kemudian tertutup. Huhh...mungkin benar juga kata orang LIF NO.2 BERHANTU!!
Ni video diambik dari youtube.. cuma nak bg ilustrasi ..bgmn hantu2 lif ni agaknya.
KISAH 4
Mengingat kembali zaman persekolahan menengah atas...
Saya tinggal di asrama.
Kejadian ini berlaku kepada pelajar ting.2 di asrama lelaki. Menurut cerita, pelajar ini telah menjumpai sebutir batu yg unik dan berkilauan di tepi jalan menuju ke kedai. Pelajar ini menyimpannya. Beberap hari kemudian, berlaku perubahan yg amat memeranjatkan terjadi pd pelajar ini. Pelajar ini kuat makan....seringkali makan tersorok di almarinya. Pada malam hari..tetiba pelajar ini mengamuk..dan mengeluarkan suara yg tak dikenali..garau dan ----- semua penghuni asrama kecoh. Pelajar tu mengangkat double katil di biliknya dengan senang, seperti ada kuasa yg menguasai dirinya. Katil tu dibuang keluar...nasib baik penghuni lain diluar kawasan. Warden asrama terpaksa memanggil org yg lebih arif berunding dengan makhluk halus yg telah merasuki pelajar tersebut. Yang gilanya, ada cikgu2 nakal ni sempat lg meminta nombor ekor pd 'makhluk' tu.....dengar cerita, cikgu2 ni dpt nombor ekor tempat ke-3. Fuyohh....!!
Tapi kesian sgt dgn pelajar tu, sebab makluk halus tu berjanji nak datang balik pd keesokan harinya pd jam 11pm. Setelah 'makhluk' itu pergi, pelajar itu terus lemah. Keesokan harinya, makhluk itu datang semula seperti yg dijanjikannya. Mujur ada ustaz sekolah...dan beberapa cikgu lain. Menurut cerita dari penghuni asrama lelaki, batu yg dijumpai oleh pelajar itu di---- dan ditanam jauh dari kawasan sekolah. Setelah itu, pelajar itu tidak lagi mengalami kejadian2 yg malang menimpa dirinya.
P/S: Jika anda terjumpa benda2 kecil spt batu ganjil, duit ditepi jalan atau lain2 dimana anda ragu2 untuk mengambilnya, JANGAN AMBIL dan USAH ambil kerana sesetangah kaum berpendapat benda2 ini mempunyai 'kadam' atau 'penunggu'. Apa pun....semuanya terserah pd diri masing2.
KISAH 5
HANTU apa niii..........?
seram? kekekeeee....awak pun boleh jadi hantu towel rupanya. hehe...
Selamat membaca dan sila komen..atau share pengalaman anda pulak.
No comments:
Post a Comment