Saturday, May 5, 2012

Laman Web Pembelajaran Anak

Salam sejahtera, buat pengunjung Blog Rossie.
Apa khabar anda hari ini?
Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa laman web pendidikan yang menawarkan pembelajaran secara percuma khas buat si kecil anda. Pendidikan awal anak-anak seperti kemahiran membaca, menulis dan mengira kini lebih mudah dengan adanya laman web seperti ini. 

2 Laman Web Pembelajaran Kanak-kanak (Popular) 

1. Mingoville.com Sebuah laman web yang sangat menarik dan berguna untuk kanak-kanak belajar Bahasa Inggeris. Anda juga boleh download fail-fail dan latihan aktiviti dalam format PDF. Lihat sedutan video di bawah ini: 
 

2) KnowledgeAdventure.com Kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti online dengan memilih menu mengikut umur, subjek pembelajaran, tahap kelas dan banyak lagi.


 Laman web pembelajaran yang lain:- 

1) Laman web Starfall”s Learn to Read With Phonics
 

Laman web ini menggunakan kaedah bunyi dimana kaedah ini dikatakan akan lebih mempercepatkan anak kecil belajar membaca. Selain menyeronokkan bagi anak kecil ianya juga boleh diakses secara percuma sahaja. Kita juga sebagai ibu bapa boleh turut belajar bagaimana kaedah “phonics ” ini digunakan dan dipraktikan kepada anak- anak.  

 
Laman web ini sangat bermanafaat untuk si kecil anda mula belajar mengenal huruf ABC, nombor, bentuk, menulis dan sebagainya. 

3) Laman Web Kideos

Kideos.com adalah sebuah laman web yang menayangkan video2 terpilih yang sudah filter video dari laman web seperti Youtube dan sebagainya khas untuk kanak-kanak. Jadi, tidak perlu risau membiarkan anak kita di depan komputer. Pembelajaran melalui video ini memang efektif tetapi perlu juga seorang guide anak itu..sebab anak kecil ni, bila dia terjumpa benda baru..macam2 dia nak tanya. Masa itulah kita sebagai ibu bapa mengambil masa untuk menerangkan benda tersebut kepada mereka.

4) Laman Web ABCYa.com
Anak-anak boleh belajar macam-macam daripada laman web ini seperti memadankan huruf kecil dan besar, belajar mengenal nombor melalui jam dan sebagainya.  

5) Laman Web Kidz Page
 
theKidzpage.com: Free Online Games for Kids

Laman web untuk Preschool Activities and Craft
1) first-school
2) homeschooling-about-com

Selamat melayari laman2 web tersebut...! (^_^)



No comments:

Post a Comment

Rakan Blogger

SEO