Monday, May 28, 2012

Beli Buku Prasekolah Melalui "Online Store"

Salam sejahtera,

Rasa seronok hari ini kerana barang yang dibeli melalui on9 dari http://www.tadikaprasekolah.portalniaga.com sudah selamat diterima.  Anak-anak saya sangat teruja melihat buku2 prasekolah terutamanya Buku Gergasi Cerita Fabel Klasik bertajuk "Arnab Dengan Kura-kura". Buku cerita dengan Suku Kata ini sangat sesuai untuk anak sulung saya yang kini sedang belajar Siri Cepat Membaca Edisi 7. Banyak suku kata yg dia dah tahu baca...menaikkan semangat dia untuk belajar lebih rajin. Adiknya pulak, Nika 3th...suka melihat gambar yang besar dan berwarna-warni.

Saiz buku: 330mm (L) x 460mm (T) @ [13" (L) x 18" (T)]
Bilangan muka surat: 16
Berwarna
Jilidan pin




Bedtime stroies..
gambar sengaja blur dan mereng...:-)
anak mama yang sorang ni (Diva), susah tidur pakai baju tidur. Dia alergik peluh dan cuaca panas. Tidur pun kena pasang kipas meja walaupun kipas dinding da kuat. Ni je la mama cakap kat dia "kalau tak nak pakai baju, mesti kena pakai selimut..tutup badan, takut kena masuk angin".  Gambar ni, mama sempat ambik masa papa dorang baca cerita buku ini. bukan main seronok anak2 mama...tanya ini, tanya itu...excited dgn benda baru! Ini 1st time mama belikan buku cerita saiz besar. Rasanya nak complete cerita-cerita dalam siri ni :-)


Inilah buku-buku prasekolah yang saya beli. Buku ini sangat bagus dan berguna untuk kanak-kanak prasekolah. Ahaa...gambar gelap sikit. guna cahaya dari pc je..tak sempat tangkap gambar petang tadi...sebab bawa anak-anak ke taman permainan. Masa post dekat blog ni, anak2 da lena tidur...cian..mungkin penat.. 


Terima kasih ye admin blog tadikaprasekolah kerna sudi bkunjung ke blog saya yang tak seberapa ini. Menjawab kepada persoalan "buat nusery ke?". Tidak.

Susah nak cakap...mcm mn ye. Saya rasa macam kureng sikit nak guna term "homeschool" walaupun sebelum ni saya kata saya buat homeschool untuk anak-anak. Mungkin tak sesuai dengan term tu...sebab nak buat homeschool kena banyak step..mungkin "pendidikan anak di rumah"..kot. (^_^)

Sebenarnya, saya buat 'pendidikan anak di rumah' untuk keselesaan dan memenuhi keperluan pendidikan anak sulung saya Diva yg mempunyai masalah kesihatan. Walaupun demikian, Diva seorang yang sangat istimewa... dia penghibur keluarga ini, dia sentiasa happy..suka menyanyi..suka menolong..mudah menerima pelajaran..etc...sayang kami padanya tak terungkap oleh kata-kata.


Monday, May 21, 2012

Laman Web Preschool Printable Activities

Hai, salam sejahtera.. Sekarang, mendapatkan laman informasi hanya di hujung jari saja.... (^_^) taip je dekat carian...banyak laman web yang menawarkan printable activities secara percuma. Ibubapa bolehlah pilih dan print aktiviti yang sesuai untuk anak-anak.

Dibawah ini adalah beberapa laman web yang sangat bagus untuk diterokai... Just Click!

1) Enchanted Learning http://www.enchantedlearning.com/categories/preschool.shtml

2) kidslearningstation http://www.kidslearningstation.com/

3) first-school http://www.first-school.ws/preschool/printable-activities/index.htm

4) activitypad http://www.activitypad.com/educational.html

5) fun to write http://www.fun2write.com/

6) kidzone http://www.kidzone.ws/

7) tlsbook http://www.tlsbooks.com/preschoolworksheets.htm
 

Wednesday, May 16, 2012

Diva Menjalani Pemeriksaan MRI

Hari ini 15-5-2012 (selasa), anak sulungku Diva akan menjalani pemeriksaan MRI. Ini merupakan pengalaman pertama Diva dan kami juga...saya dan suami sangkakan, prosedur ini cuma mengambil masa yang singkat saja tapi rupanya ia mengambil masa kira2 sehari di Day Care Ward.

Kami sampai di Hospital Serdang pada jam 8am. Bayaran untuk prosedur ini adalah sebanyak RM60. Selepas itu, kami dibawa ke wad. Sister dalam wad itu memberi penerangan tentang prosedur.

Disini, saya ingin kongsi pengalaman saya sebagai seorang ibu dalam menyediakan anak menjalani prosedur ini....





- Ubat Tab.Prednisolone 25mg diberi semasa temujanji MRI dibuat dan dimakan pada malam sebelum anak tidur dan keesokan paginya. Saya bagi Diva makan ubat ini 12.5mg pada jam 9PM  (Isnin) dan 12.5mg 7AM (Selasa). Ubat Prednisolone adalah sejenis Steroid yang bertindak sebagai agen anti radang dan juga merencat sistem pertahanan atau sistem imun seseorang. Steroid digunakan untuk macam-macam penyakit & masalah. Sebab itu kadang2 ubat ini dianggap ubat ajaib atau pil ajaib/magic pill. Ubat ini sangat pahit..staff farmasi beri syrup Symplex (gula). Caranya, hancurkan ubat tersebut menggunakan lesung atau boleh potong2 kecil dulu baru lecek sampai hancur dan masukkan ke dalam syrup symplex. Rasa pahit itu masih ada tapi kurang sikit. Jangan lupa sediakan air biasa atau air yang dibancuh dengan sedikit gula. Jika tidak, kemungkinan besar anak akan muntah. Jika staff farmasi tidak bekalkan syrup symplex, ibu boleh bancuh gula sendiri. Dalam erti kata lain, Diva diberi ubat ini untuk mengelakkan sebarang alahan berlaku semasa prosedur MRI dijalankan.

- Wajib Puasa sekurang-kurangnya 4 jam sebelum prosedur. (Jika tidak puasa, MRI akan dibatalkan dan ibu bapa akan diberi tarikh temujanji yang baru.) Saya bagi Diva minum susu pada jam 2 pagi. Ubat pula boleh dimakan seperti biasa. Tapi....tak bereerti, sampai saja di Hospital, dah boleh buat MRI. Kena tunggu giliran...last2, anak saya dibawa  ke bilik MRI pada jam 11am. Lama jugak dia puasa..



- Pakai baju khas...sebelum ke bilik MRI, anak perlu pakai baju ni..dan ada tanda nama. ni gambar Diva masih boleh senyum peace....

Ini pula gambar dia selepas dipasang line IV.....muram...sedih...katanya sakit. Mama dan papanya berikan sokongan emosi..."Diva boleh lakukan"....kata-kata ni selalu Diva ucapkan semasa dia belajar sesuatu benda baru. Untuk prosedur ini juga..."Diva boleh lakukan".. (^_^)




Ini gambar papanya...memujuk Diva. Tapi kurang berkesan...lepas beberapa minit, Diva nak nangis jugak. Bila papanya bercerita tentang Kancil dan Buaya, baru dia o.k...dan kembali bersemangat. Diva memang suka dengar cerita kanak-kanak...dia sendiri suka bercerita.

Sempat bergambar dengan mama dan adiknya Nika.

- Ubat tidur. Sebelum dibawa ke bilik MRI, Diva diberi syrup untuk membuatkan dia tidur..tak de label pun pd syringe. Jadi,saya tak tau apa nama ubat tu. Saya dah lupa nama2 ubat...

- Bilik MRI.  Bilik ini jauh dari wad...wad tingkat 2, MRI pulak bawah sekali. Jadi, saya..papa dan Nika ikut sekali hantar Diva. Nurse yang hantar Diva sangat baik dan peramah orangnya. Dia suruh Nika duduk di stretcher....seronoklah Nika naik sama-sama. Prosedur mengambil masa kira-kira 45 minit hingga 1 jam. Kami tunggu Diva di luar...sempat jugak mararau.

Ini pulak gambar Diva selepas MRI dan kembali ke wad. Masih tidur...kesian mama tengok dia.
Walaupun MRI tak bahaya, namun jauh disudut hati mama....tersentuh juga. Semoga keputusan pemeriksaan baik2 saja.

Dah bangun...boleh senyum dan ceria semula. (^_^) Dah jam 2pm...Diva mesti lapar sekali. Masa untuk makan....

Haha...ini adiknya. Tidur pulak....penat dia main dalam bilik menunggu. Dalam bilik tu macam2 ada...Buku..majalah...TV...permainan kanak-kanak.....boleh dikatakan Hospital Serdang ini mempunyai kemudahan yang lengkap. Cuma nak komplen sikit pasal restoran tu.....mahal sangat makanan yg dijual dkt situ. minuman susu kacang soya RM3, makan nasi lemak...RM5.90. Minum 2, makan 3.....Rm20 lebih da melayang...Nurse yg escort Diva pun kata memang mahal....nak cari makanan dekat luar, jauh pulak. diskaun ada untuk staff tapi dalam 'sen2 saja..


Sebelum balik, staffnurse bagi kad temujanji. Sebenarnya, hari ini ada juga temujanji dekat fisioterapi dan rehab...tapi cancel. Gambar di atas ini: tengok fish dlm akuarium dulu sebelum balik... (^_^)

Mungkin anda tertanya-tanya, mengapa anak saya menjalani MRI.
Mama tak boleh cakap banyak sangat (privasi)...
Anak mama ni, ada masalah kaki kanannya...(baby foot...lembut dan menyebabkan sukar untuk dia berjalan). Doktor kata, ia kesan daripada tulang belakang Diva. Ini kasut khas Diva...


Ini pula kasut yang di pakai dalam rumah...sekali sekala pakai...takut kulit melecet. Masa tidur mesti pakai.

Diva hanya mempunyai masalah fizikal yang menyebabkan dia sukar untuk berjalan sendiri...sebab itulah saya memilih untuk mengajar dia sendiri ( Homeschooling). Nak hantar dia ke Preschool Tadika...susah dalam keadaan dia begini. Saya tak de buku panduan dan tak pernah menghadiri mana-mana kursus untuk homeschooling...saya cuma banyak membuat carian di internet dan membaca blog ibu2 yang memberi pendidikan homeschooling terhadap anak2 mereka. Jika anda terbaca blog saya ini dan mempunyai panduan atau motivasi, sila jangan segan komen di sini atau menghantar emel kepada saya.

Sesungguhnya, anak-anak merupakan anugerah daripada Allah.  Senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi bumi Tuhan ini. Kelahiran cahaya mata sebersih kain putih ini menandakan bermulanya tanggungjawab ibu bapa untuk membina watak, mengasah minda, mencetus akal dan membina pakai perlindungan kanak-kanak.

Mama dan Papa sangat sayang pada Diva dan Nika.



Tuesday, May 8, 2012

Matematik -Permainan Asas Tambah,Tolak,Darab,Bahagi

Klik link untuk ke laman web.
Permainan yang simple ini dapat mengukuhkan kemahiran asas matematik kanak-kanak.




Bahan Bantu Alat Mengajar Prasekolah

hi...slm sejahtera, setelah membuat carian di internet...inilah dia blog yang menjual bahan bantu mengajar preschool 1) Cikgu Eela Preschool bahan mengajar spt kad imbas dlm bentuk softcopy 2) skdua.blogspot bahan mengajar spt kad imbas dlm bentuk softcopy 3) tadikaprasekolah http://www.tadikaprasekolah.portalniaga.com barangan tadika dan peralatan prasekolah 4) download aktiviti prasekolah 1) cikguani.blogspot (Laman Informasi Prasekolah) 2) praskuk http://praskuk.blogspot.com/ download softcopy 3) sparkleBox http://www.sparklebox.co.uk/ High quality printable primary teaching resources to download and use instantly
    Saya sengaja post laman ni dekat blog untuk rujukan akan datang. Manalah tau..suatu masa nanti akan membeli bahan-bahan ini. Di dalam blog ini juga terdapat banyak info2 menarik berkaitan dengan pendidikan prasekolah.
    Jika anda mempunyai sumber lain, pls komen kat sini ye. sy perlukan banyak sumber lain..
    TQ!

Saturday, May 5, 2012

Laman Web Pembelajaran Anak

Salam sejahtera, buat pengunjung Blog Rossie.
Apa khabar anda hari ini?
Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa laman web pendidikan yang menawarkan pembelajaran secara percuma khas buat si kecil anda. Pendidikan awal anak-anak seperti kemahiran membaca, menulis dan mengira kini lebih mudah dengan adanya laman web seperti ini. 

2 Laman Web Pembelajaran Kanak-kanak (Popular) 

1. Mingoville.com Sebuah laman web yang sangat menarik dan berguna untuk kanak-kanak belajar Bahasa Inggeris. Anda juga boleh download fail-fail dan latihan aktiviti dalam format PDF. Lihat sedutan video di bawah ini: 
 

2) KnowledgeAdventure.com Kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti online dengan memilih menu mengikut umur, subjek pembelajaran, tahap kelas dan banyak lagi.


 Laman web pembelajaran yang lain:- 

1) Laman web Starfall”s Learn to Read With Phonics
 

Laman web ini menggunakan kaedah bunyi dimana kaedah ini dikatakan akan lebih mempercepatkan anak kecil belajar membaca. Selain menyeronokkan bagi anak kecil ianya juga boleh diakses secara percuma sahaja. Kita juga sebagai ibu bapa boleh turut belajar bagaimana kaedah “phonics ” ini digunakan dan dipraktikan kepada anak- anak.  

 
Laman web ini sangat bermanafaat untuk si kecil anda mula belajar mengenal huruf ABC, nombor, bentuk, menulis dan sebagainya. 

3) Laman Web Kideos

Kideos.com adalah sebuah laman web yang menayangkan video2 terpilih yang sudah filter video dari laman web seperti Youtube dan sebagainya khas untuk kanak-kanak. Jadi, tidak perlu risau membiarkan anak kita di depan komputer. Pembelajaran melalui video ini memang efektif tetapi perlu juga seorang guide anak itu..sebab anak kecil ni, bila dia terjumpa benda baru..macam2 dia nak tanya. Masa itulah kita sebagai ibu bapa mengambil masa untuk menerangkan benda tersebut kepada mereka.

4) Laman Web ABCYa.com
Anak-anak boleh belajar macam-macam daripada laman web ini seperti memadankan huruf kecil dan besar, belajar mengenal nombor melalui jam dan sebagainya.  

5) Laman Web Kidz Page
 
theKidzpage.com: Free Online Games for Kids

Laman web untuk Preschool Activities and Craft
1) first-school
2) homeschooling-about-com

Selamat melayari laman2 web tersebut...! (^_^)



Rakan Blogger

SEO