Wednesday, May 16, 2012

Diva Menjalani Pemeriksaan MRI

Hari ini 15-5-2012 (selasa), anak sulungku Diva akan menjalani pemeriksaan MRI. Ini merupakan pengalaman pertama Diva dan kami juga...saya dan suami sangkakan, prosedur ini cuma mengambil masa yang singkat saja tapi rupanya ia mengambil masa kira2 sehari di Day Care Ward.

Kami sampai di Hospital Serdang pada jam 8am. Bayaran untuk prosedur ini adalah sebanyak RM60. Selepas itu, kami dibawa ke wad. Sister dalam wad itu memberi penerangan tentang prosedur.

Disini, saya ingin kongsi pengalaman saya sebagai seorang ibu dalam menyediakan anak menjalani prosedur ini....





- Ubat Tab.Prednisolone 25mg diberi semasa temujanji MRI dibuat dan dimakan pada malam sebelum anak tidur dan keesokan paginya. Saya bagi Diva makan ubat ini 12.5mg pada jam 9PM  (Isnin) dan 12.5mg 7AM (Selasa). Ubat Prednisolone adalah sejenis Steroid yang bertindak sebagai agen anti radang dan juga merencat sistem pertahanan atau sistem imun seseorang. Steroid digunakan untuk macam-macam penyakit & masalah. Sebab itu kadang2 ubat ini dianggap ubat ajaib atau pil ajaib/magic pill. Ubat ini sangat pahit..staff farmasi beri syrup Symplex (gula). Caranya, hancurkan ubat tersebut menggunakan lesung atau boleh potong2 kecil dulu baru lecek sampai hancur dan masukkan ke dalam syrup symplex. Rasa pahit itu masih ada tapi kurang sikit. Jangan lupa sediakan air biasa atau air yang dibancuh dengan sedikit gula. Jika tidak, kemungkinan besar anak akan muntah. Jika staff farmasi tidak bekalkan syrup symplex, ibu boleh bancuh gula sendiri. Dalam erti kata lain, Diva diberi ubat ini untuk mengelakkan sebarang alahan berlaku semasa prosedur MRI dijalankan.

- Wajib Puasa sekurang-kurangnya 4 jam sebelum prosedur. (Jika tidak puasa, MRI akan dibatalkan dan ibu bapa akan diberi tarikh temujanji yang baru.) Saya bagi Diva minum susu pada jam 2 pagi. Ubat pula boleh dimakan seperti biasa. Tapi....tak bereerti, sampai saja di Hospital, dah boleh buat MRI. Kena tunggu giliran...last2, anak saya dibawa  ke bilik MRI pada jam 11am. Lama jugak dia puasa..



- Pakai baju khas...sebelum ke bilik MRI, anak perlu pakai baju ni..dan ada tanda nama. ni gambar Diva masih boleh senyum peace....

Ini pula gambar dia selepas dipasang line IV.....muram...sedih...katanya sakit. Mama dan papanya berikan sokongan emosi..."Diva boleh lakukan"....kata-kata ni selalu Diva ucapkan semasa dia belajar sesuatu benda baru. Untuk prosedur ini juga..."Diva boleh lakukan".. (^_^)




Ini gambar papanya...memujuk Diva. Tapi kurang berkesan...lepas beberapa minit, Diva nak nangis jugak. Bila papanya bercerita tentang Kancil dan Buaya, baru dia o.k...dan kembali bersemangat. Diva memang suka dengar cerita kanak-kanak...dia sendiri suka bercerita.

Sempat bergambar dengan mama dan adiknya Nika.

- Ubat tidur. Sebelum dibawa ke bilik MRI, Diva diberi syrup untuk membuatkan dia tidur..tak de label pun pd syringe. Jadi,saya tak tau apa nama ubat tu. Saya dah lupa nama2 ubat...

- Bilik MRI.  Bilik ini jauh dari wad...wad tingkat 2, MRI pulak bawah sekali. Jadi, saya..papa dan Nika ikut sekali hantar Diva. Nurse yang hantar Diva sangat baik dan peramah orangnya. Dia suruh Nika duduk di stretcher....seronoklah Nika naik sama-sama. Prosedur mengambil masa kira-kira 45 minit hingga 1 jam. Kami tunggu Diva di luar...sempat jugak mararau.

Ini pulak gambar Diva selepas MRI dan kembali ke wad. Masih tidur...kesian mama tengok dia.
Walaupun MRI tak bahaya, namun jauh disudut hati mama....tersentuh juga. Semoga keputusan pemeriksaan baik2 saja.

Dah bangun...boleh senyum dan ceria semula. (^_^) Dah jam 2pm...Diva mesti lapar sekali. Masa untuk makan....

Haha...ini adiknya. Tidur pulak....penat dia main dalam bilik menunggu. Dalam bilik tu macam2 ada...Buku..majalah...TV...permainan kanak-kanak.....boleh dikatakan Hospital Serdang ini mempunyai kemudahan yang lengkap. Cuma nak komplen sikit pasal restoran tu.....mahal sangat makanan yg dijual dkt situ. minuman susu kacang soya RM3, makan nasi lemak...RM5.90. Minum 2, makan 3.....Rm20 lebih da melayang...Nurse yg escort Diva pun kata memang mahal....nak cari makanan dekat luar, jauh pulak. diskaun ada untuk staff tapi dalam 'sen2 saja..


Sebelum balik, staffnurse bagi kad temujanji. Sebenarnya, hari ini ada juga temujanji dekat fisioterapi dan rehab...tapi cancel. Gambar di atas ini: tengok fish dlm akuarium dulu sebelum balik... (^_^)

Mungkin anda tertanya-tanya, mengapa anak saya menjalani MRI.
Mama tak boleh cakap banyak sangat (privasi)...
Anak mama ni, ada masalah kaki kanannya...(baby foot...lembut dan menyebabkan sukar untuk dia berjalan). Doktor kata, ia kesan daripada tulang belakang Diva. Ini kasut khas Diva...


Ini pula kasut yang di pakai dalam rumah...sekali sekala pakai...takut kulit melecet. Masa tidur mesti pakai.

Diva hanya mempunyai masalah fizikal yang menyebabkan dia sukar untuk berjalan sendiri...sebab itulah saya memilih untuk mengajar dia sendiri ( Homeschooling). Nak hantar dia ke Preschool Tadika...susah dalam keadaan dia begini. Saya tak de buku panduan dan tak pernah menghadiri mana-mana kursus untuk homeschooling...saya cuma banyak membuat carian di internet dan membaca blog ibu2 yang memberi pendidikan homeschooling terhadap anak2 mereka. Jika anda terbaca blog saya ini dan mempunyai panduan atau motivasi, sila jangan segan komen di sini atau menghantar emel kepada saya.

Sesungguhnya, anak-anak merupakan anugerah daripada Allah.  Senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi bumi Tuhan ini. Kelahiran cahaya mata sebersih kain putih ini menandakan bermulanya tanggungjawab ibu bapa untuk membina watak, mengasah minda, mencetus akal dan membina pakai perlindungan kanak-kanak.

Mama dan Papa sangat sayang pada Diva dan Nika.



No comments:

Post a Comment

Rakan Blogger

SEO