Monday, June 27, 2011

Satu Ringgit (1989 - 1996)

Klik gambar untuk besarkan image.
RM1 Tahun 1989 - 1993
RM1 Tahun 1993 ada 2 jenis. Anda boleh lihat perbezaannya melalui gambar di atas.
RM1 Tahun 1993 - 1996
Type 1. 04.09.1989 Diameter: 24.0mm Berat: 5.70gm Kandungan : Kupro-nikel Milled edge. Ditempa di Kilang Wang, Shah Alam Type 2 1993 - 1996 ($1) Diameter : 24.0mm Berat: 5.70gm Kandungan: Kupro-nikel Milled edge. Ditempa di Kilang Wang, Shah Alam. PERHATIAN: RM1 tidak diperlakukan sah mulai 7 Disember 2005. Penarikan balik duit syiling RM1 adalah disebabkan oleh permintaan yang rendah dan peggunaan duit tersebut yang semakin kurang popular untuk tujuan pembelian barangan dan perkhidmatan di Malaysia. Jumlah semasa duit syiling RM1 mencakupi kurang daripada 1% daripada jumlah nilai matawang dalam edaran di Malaysia. Pada masa sekarang, wang ini agak sukar didapati dan ianya mempunyai nilainya tersendiri mengikut tahun keluaran dan keadaan wang tersebut.

Tahun

Jumlah keluaran

EF

UNC

BU

1989

20,409,995

20

28

35

1990

80,101,998

12

18

25

1991

169,000,868

8

12

15

1992

139,041,750

8

12

15

1993

178,892,810

12

18

25

Tahun

Jumlah keluaran

EF

UNC

BU

1993

Termasuk 1993 $1

12

18

25

1994

36,899,026

20

25

30

1995

133,172,580

8

12

15

1996

59,460,000

12

18

25

Sila klik link di bawah ini untuk mengetahui apa itu EF, UNC dan BU (Panduan menggred duit syiling) http://rossieon9.blogspot.com/2011/04/hobi-coins-banknotes.html Harga di atas ini adalah mengikut dalam buku panduan Peter Eu dan Ben. Saya pernah membeli syiling lama RM1 ini dengan harga RM3-5/ pcs. Harga di atas adalah sebagai panduan untuk mengetahui nilai wang tersebut masa kini. Untuk proses jual beli wang lama...semuanya terpulang pada si penjual dan si pembeli.
SETEM: Persidangan Gabungan Akuntan-akauntan Asia dan Pasifik ke-14 pada tahun 1996. Setem ini mempunyai sejarahnya tersendiri di mana gambar duit syiling RM1 sudah pasti memperingati syiling tersebut dimana tahun keluaran terakhir syiling ini adalah 1996. Saya mempunyai 2 set syiling RM 1 ni (complete)...dan beberapa keping extra. Jika anda seorang pengumpul duit syiling dan ingin bertukar syiling lama dengan saya, sila sms je nombor yang tertera dalam blog ini. Terima kasih.

Thursday, June 16, 2011

Koleksi Duit Syiling

GAMBAR KOLEKSI DUIT SYILING SAYA
Duit syiling 50 sen BERPARIT / TERBELAH TEPI (security edge) TAHUN 1967, 1968, 1969 SET LENGKAP.
This $1 coin got a mintage of 2,378,995 and the price for brilliant uncirculated is just around $10 malaysian ringgit.
Koleksi Syiling RM1 gold. (depan) Tahun 1995.
10 SEN 1990 EXTRA DOT Mana tempat yang dikatakan EXTRA DOT..? Cuba lihat di nombor 9.
Koleksi $1 Duit syiling 30 th merdeka TH 1957 - 1987
RM5, 1971 TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
RANCANGAN MALAYSIA KE-3
Duit 10 cent Euro. syiling saya dapat daripada suami saya, suami saya pulak dapat masa dia belajar di Perancis dulu. Duit ni sangat comel....ada gambar persis perempuan..terdapat bintang2 di sekelilingnya.
Ini adalah sebahagian sahaja daripada gambar duit syiling yg saya ada. Saya akan upload lebih banyak gambar lagi pd masa kelak untuk tontonan semua serta memuatkan info lebih banyak tentang coins/banknotes ini.
Jadi, rajin-rajinlah mengunjungi blog saya ini. (^__^)
Terima kasih.

Rakan Blogger

SEO