Tuesday, January 17, 2012

Aku Menang No.2!!

Salam sejahtera, Blog Rossie. (^_^) Lama tak update blog, baru jer tau yg 'shoutmix' tak free lagi. hurmm..tak pe, update blog sekali dengan ubah templetenya. Bukan saja blog tak update, tapi akaun SODA pun lupa nak top-up. Terlepas keluaran setem untuk bulan disember 2011 dan jan 2012. Dengar khabar, ada setem edisi terhad dikeluarkan Ini dia setemnya...'Dragon'. Setem ini sangat menarik...harganya pun boleh dikatakan boleh tahan. Rare ke? Tak tahulah kesahihannya lagi tapi ada yang jual setem ni dengan harga RM100. Mungkin jumlah keluaran sedikit...boleh dikatakan rare. sama seperti duit syiling jugak. Lagi sedikit jumlah keluarannya, susah nak cari..lagi la ada 'harga'. (^_^) Ermm.. semalam 17-01-2012, keputusan peraduan menjawab soalan yang diajurkan oleh Group Malaysia Error & Variety Coin Collector ( MEVaCC ) di Facebook sudah ada. Soalannya ini dan pemenangnya ialah..JENG..JENG...JENG.... (Klik gambar untuk besarkan image) he3... tak sangka dapat tempat ke-2. Terima kasih pada Anjung Numismatik, Uptown Bank Note dan juga kepada Admin2 yang mengadili.. Tahniah untuk semua yang terlibat. Semua jawapannya pun best2 belaka. Dapat ILMU tu yang sebenarnya lebih bermakna daripada dapat hadiah. Kalau dapat ILMU dan HADIAH , itu rezeki namanya. (^_^) Di sini saya paparkan beberapa jawapan dari member2..semua jawapan 1,2,3 ahli adalah BETUL. Yang menentukan pemenang ialah jawapan no.4 tu..semuanya menarik! Tahniah semua.... Terima kasih kepada semua member2 terutamanya otai2 Group Malaysia Error & Variety Coin Collector (MEVaCC)..yg banyak membantu saya...mempelajari duit syiling error& variety ini. Nah...ambik ni (^_^)

1 comment:

Rakan Blogger

SEO