Showing posts with label Buku Siri Cepat Membaca. Show all posts
Showing posts with label Buku Siri Cepat Membaca. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Buku Besar Pantas Membaca

Salam sejahtera,
Apa khabar?

Saya nak share dengan anda tentang buku yang baru saya beli untuk anak saya Diva Deccy iaitu Buku Besar Pantas Membaca. Sebelum ini, saya hanya menggunakan Buku Siri Cepat Membaca untuk mengajar Diva membaca. Bagi saya, kedua-dua buku ini sangat bagus dan masing-masing ada kelebihannya.

Beberapa Kelebihan pada:-

Buku Siri Cepat Membaca 
- Buku kecil, mudah dibawa
- Mempunyai VCD belajar Fonik dan Lagu Abu Ada Ayam
- Harga murah, semua mampu milik....dll.

Buku Besar Pantas Membaca
- Buku Besar, senang baca, kanak-kanak pun suka
- Ada gambar2 menarik
- Tersusun

Sangat bagus jika dapat memiliki kedua2 Buku ini. (^_^)

Saya copy paste dekat sini kebaikan buku ini yer... copy dari laman web edukidbooks.com tempat saya membelinya...

------)@
Pek Buku Besar Siri Bestari Pantas Membaca. 
Buku-buku dalam siri ini diterbitkan khusus untuk membantu kanak-kanak menguasai teknik bacaan. Membaca adalah jambatan ilmu. Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan huruf-huruf konsonan, huruf vocal, suku kata, perkataan, ayat-ayat mudah dan seterusnya ayat-ayat yang lebih kompleks.

Kesemuanya disusun dengan teratur dan teliti untuk mencapai matlamat agar kanak-kanak ‘PANTAS MEMBACA’.

CD Audio juga diberikan secara percuma untuk membantu melancarkan pembacaan kanak-kanak.
-----)@

Harga buku ini ialah RM135.20...tidak termasuk kos penghantaran. Beli sekali, guna sampai bila-bila... (^_^)


   

Tuesday, April 24, 2012

Buku Siri Cepat Membaca


Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad
Kandungan Pakej:
8 Buah Buku, 
1 Buku panduan, 
1 VCD dan 12 Keping Kad Imbas
Pada masa ini, saya mengajar anak sulung saya Diva Deccy (4th 5 bulan) belajar membaca menggunakan panduan "Siri Cepat Membaca" seperti yang anda lihat di atas.
Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku memang telah terbukti berjaya mengajar kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun, murid Tahun 1 dan murid pemulihan membaca dengan cepat dan lancar.
Buku ini telah disusun dengan baik dan sistematik berdasarkan sistem fonetik.
Buku ini juga mengambil kira kaedah-kaedah pembelajaran yang paling berkesan dan sesuai dengan tahap perkembangan psikologi dan psikomotor kanak-kanak.
Buku ini sangat berkesan, anak saya sekarang sudah boleh membaca suku kata dan ayat2 ringkas.
Buku sudah dibalut, kelak adiknya Nika (3th) pula yg akan mgunakan. Saya syorkan, ibubapa yang mempunyai anak2 3-5th agar membeli buku ini jika belum ada kerana ianya sangat berkesan dalam mengajar anak cepat membaca. Harga buku ini mampu milik, cuma RM36.90.
Kanak-kanak usia 3th dan ke atas cepat kuasai abjad berdasarkan fonik dan juga cepat pandai membaca.
Saya membeli buku ini melalui kedai buku online
Terima kasih pada en.Google kerana membantu saya dalam mencari buku yang sangat berguna untuk pembelajaran homeschool anak saya. :-)
*** Hujung minggu lepas, saya dan keluarga pergi ke Kedai Buku Ting.2, Warta, Bandar Baru Bangi. Kedai buku itu ada menjual set lengkap 'Buku Siri Cepat Membaca'.. mungkin kedai buku lain turut menjualnya.

Rakan Blogger

SEO