Friday, August 24, 2012

Resipi Kuih Donut

Topping wat begitu-gitu aje...sbb sekejap ja da kena 'ngap'.

Kenalah letak manisan kat luar sikit...baru dpt 'rasanya'. :-) Tak de donut cutter, tak ape. Don't worry.. guna gelas dan penutup botol pun da kira okey...mcm donut kat atas tuu..

Pertama kali saya buat donut, ianya keras sikit...bentuknya pun...hurmm...memang kurang memuaskan.
kali ke-2 buat kuih donut, menjadi tapi......masih tak puas hati.
Banyak resipi kuih donut dekat internet boleh kita cuba..
Tak pernah menyalahkan repisi yang dicuba kurang menjadi kerana orang yang memberi resipi tersebut siap tayang gambar donut gebu yang dibuatnya...komen2nya pun memberangsangkan. Dari kita aje..(^_^)

Ok, buat anda yang belum pernah mencuba buat kuih ini, jangan risau kerana saya akan 'bocorkan' (isk3..mcm exam budak2 pulak) rahsia buah donut sedap dan gebu. First, kredit to blog budumasin.com dan  ayobhussin.com sebab...donut saya menjadi bila ikut resipi korang. Thank's ya!

RESIPI KUIH DONUT 
(9 - 12 Biji)

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis mauripan
2 sudu susu tepung
1 sudu marjerin
1 sudu gula
1/2 gelas air suam
sedikit air garam

Cara Masak:
1). Masukkan yis mauripan ke dalam air suam (1/2 gelas) dan kacau bersama 1 sudu gula. Biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.

2) Masukkan tepung, marjerin dan tepung susu ke dalam bekas dan gaul dengan air campuran mauripan (1) dan sedikit air garam.

3) Gaul dan uli. Pastikan adunan lembut dan biarkan 1/2 jam. Tutup bekas adunan dengan kain lembab atau plastik wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga ia naik 2 kali ganda.

4) Apabila adunan naik, uli adunan balik dan bentukkan doh.

5) Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 15 - 30 minit atau sehingga naik 2 kali ganda.

6) Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Elak guna api besar, nanti doh luar dah hangus tapi kat dalam belum masak.

dah siap.....untuk topping atau cara letak gula pada donut, sila lihat dibawah.

Teknik cetak Donut
(Cara ini digunakan bagi anda yang tidak mempunyai donut 'cutter' ....mcm saya..)
Bahan yang diperlukan ialah gelas dan tutup botol mineral.

1) Gelas: Tekapkan mulut gelas pada doh da pusing-pusingkan.
2) Botol Mineral: Buat lubang tengah doh
3) Leperkan doh, taburkan sedikit tepung lalu rata-ratakan supaya tidak melekit. Cetak doh guna gelas. Boleh cetak banyak2,,kemudian ambil baki frame doh. Barulah buat lubang tengah guna botol mineral. Lepas tu, pindah ke tray yang ditabur tepung supaya tidak melekit. Dh yang permukaan atas diterbalikkan ke bawah.

Teknik Letak Gula pada Donut
1) Toskan donut menggunakan tisu serap minyak.
2) Biarkan sejuk selama 15-30 minit.
Jangan sira kalau masih panas, nanti gula akan 'menais'.

Selamat mencuba!
Rugi tau kalau tak cuba... :-)







Rakan Blogger

SEO