Monday, May 28, 2012

Beli Buku Prasekolah Melalui "Online Store"

Salam sejahtera,

Rasa seronok hari ini kerana barang yang dibeli melalui on9 dari http://www.tadikaprasekolah.portalniaga.com sudah selamat diterima.  Anak-anak saya sangat teruja melihat buku2 prasekolah terutamanya Buku Gergasi Cerita Fabel Klasik bertajuk "Arnab Dengan Kura-kura". Buku cerita dengan Suku Kata ini sangat sesuai untuk anak sulung saya yang kini sedang belajar Siri Cepat Membaca Edisi 7. Banyak suku kata yg dia dah tahu baca...menaikkan semangat dia untuk belajar lebih rajin. Adiknya pulak, Nika 3th...suka melihat gambar yang besar dan berwarna-warni.

Saiz buku: 330mm (L) x 460mm (T) @ [13" (L) x 18" (T)]
Bilangan muka surat: 16
Berwarna
Jilidan pin




Bedtime stroies..
gambar sengaja blur dan mereng...:-)
anak mama yang sorang ni (Diva), susah tidur pakai baju tidur. Dia alergik peluh dan cuaca panas. Tidur pun kena pasang kipas meja walaupun kipas dinding da kuat. Ni je la mama cakap kat dia "kalau tak nak pakai baju, mesti kena pakai selimut..tutup badan, takut kena masuk angin".  Gambar ni, mama sempat ambik masa papa dorang baca cerita buku ini. bukan main seronok anak2 mama...tanya ini, tanya itu...excited dgn benda baru! Ini 1st time mama belikan buku cerita saiz besar. Rasanya nak complete cerita-cerita dalam siri ni :-)


Inilah buku-buku prasekolah yang saya beli. Buku ini sangat bagus dan berguna untuk kanak-kanak prasekolah. Ahaa...gambar gelap sikit. guna cahaya dari pc je..tak sempat tangkap gambar petang tadi...sebab bawa anak-anak ke taman permainan. Masa post dekat blog ni, anak2 da lena tidur...cian..mungkin penat.. 


Terima kasih ye admin blog tadikaprasekolah kerna sudi bkunjung ke blog saya yang tak seberapa ini. Menjawab kepada persoalan "buat nusery ke?". Tidak.

Susah nak cakap...mcm mn ye. Saya rasa macam kureng sikit nak guna term "homeschool" walaupun sebelum ni saya kata saya buat homeschool untuk anak-anak. Mungkin tak sesuai dengan term tu...sebab nak buat homeschool kena banyak step..mungkin "pendidikan anak di rumah"..kot. (^_^)

Sebenarnya, saya buat 'pendidikan anak di rumah' untuk keselesaan dan memenuhi keperluan pendidikan anak sulung saya Diva yg mempunyai masalah kesihatan. Walaupun demikian, Diva seorang yang sangat istimewa... dia penghibur keluarga ini, dia sentiasa happy..suka menyanyi..suka menolong..mudah menerima pelajaran..etc...sayang kami padanya tak terungkap oleh kata-kata.


No comments:

Post a Comment

Rakan Blogger

SEO