Saturday, September 3, 2011

Akaun SODA

Jika anda seorang yang mempunyai hobi mengumpul setem, sudah pasti anda mempunyai akaun SODA. Jika anda belum mempunyai SODA, jom sertai kami sekarang juga agar anda tidak terlepas memiliki keluaran setem mengikut tarikh2 tertentu. Tarikh Keluaran Setem 2011 Apakah itu SODA? SODA bermaksud ‘Standing Order Deposit Account’ atau Akaun Pesanan Tetap untuk pesanan produk-produk filateli secara langganan di mana pelanggan boleh mendaftar sebagai ahli dan pesanan akan dihantar ke alamat penerima setiap kali keluaran setem tema baru. Pesanan akan dihantar selagi baki akaun mencukupi. Bagaimana menyertai SODA? Anda perlu melengkapkan borang keahlian Akaun Pesanan Tetap yang boleh didapati seperti berikut: 1. Laman sesawang rasmi Pos Malaysia www.pos.com.my 2. Semua pejabat-pejabat pos di seluruh negara 3. Di Setem Galeri, Tingkat 2, Pejabat Pos Besar, Bangunan Pos Malaysia Berhad 4. Secara Online di talian www.posonline.com.my (pembayaran dan “top-up” di terima melalui pindahan bank secara online) Sertai SODA online Saya menyertai SODA melalui talian memandangkan internet dihujung jari saja (^__^) tak perlu susah payah pergi ke pejabat pos, jimat masa dan nak top up akaun pun senang saja. Hanya ikut langkah mudah seperti ini:- 1. Daftar https://www.posonline.com.my 2. Login ke akaun 3. Lihat bahagian 'Philately Online' 4. Klik 'Opening of Soda Account Form' - Sila simpan maklumat anda terutamanya no.akaun SODA untuk rujukan masa akan datang. 5. Klik 'SODA Account Top Up' - Minimum Deposit ialah RM50 - Caj RM0.50 akan dikenakan setiap kali transaksi top up akaun Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang akaun SODA http://www.pos.com.my/pos_bm/personal/help/filateli.aspx Terima Kasih Pos Malaysia.

2 comments:

  1. malas la pulak nk join soda..beli sendiri rasa lebih selesa memilih item setiap kali issue

    ReplyDelete
  2. hehe.....setem cgu Din kn da byk. bila nk bg free kat kitaorg :-)

    ReplyDelete

Rakan Blogger

SEO