Tuesday, November 27, 2012

Papan Hitam Kecil

 Hi, jom ceciter pasal papan tulis...

Nika lukis apa tue....? "mami, cuba tengok..seorang budak perempuan yang gembira, tiba2 terkejut... sbb ada labah2".

suka sangat tengok bila mereka lukis macam2......


tara.....cute tak? hihi....mami kata...."cantik!" hihi....

Hujung minggu lepas, saya dan keluarga jalan2 ke Carrefour Alamanda Putrajaya. Sudah lama tak ke sana..
bila ke pasaraya besar macam ni, salah satu sudut yang tak terlepas punyer....ialah bahagian stationeries. terjumpa papan tulis ni (tak hitam pun..:-) anak2 kata 'nak2'....mau tak mau terpaksa beli. sebenarnya saya pun teringin jg benda tu....haha....sbb ianya portable...senang bawa ke mana2. Kalau anak2 nak conteng, nah...'. jimat kertas lagi.

Sebelum ni, saya ada beli papan tulis "Double Sided (Blackboard and magnetic whiteboard)" di laman web http://shop.usleducation.com dengan harga RM60...>< memang sangat2 berbaloi terutama ibubapa yang mempunyai 2 atau lebih anak. (macam saya...hihi)

See....??
dua2 dapat...dah bosan, boleh tukar2....
yang best juga...boleh buat macam2..


baru2 ni, saya ada tengok papan tulis ni dkt USL tapi harganya dah naik. Kalau nak tau, blh pergi ke laman web tu dan taip 'Children's Easel' dan tekan search. untunglah saya beli dulu.. :-)

ok...sampai di sini saja cerita kali ini.
See u soon...

Sekian.


Saturday, October 20, 2012

Paper Shreddar

Hi, salam sejahtera..

wah...gembira sangat2 sebab da dapat 'paper shreddar' yg diidam-idamkan. Mesin ni sangat membantu untuk aktiviti 'paper quilling'. Saya beli mesin ni melalui on9 store http://www.lps2u.com harganya RM43.00 tidak termasuk postage. Sebelum ni, saya membeli strip...skrg da tak payah. owhh...i like it so much! :-)







Sebenarnya, saya baru saja meminati paper quilling ni...baru sebulan. Timbul minat bila tengok gambar quilling di internet. sanggup tak tidur malam tau dibuatnya...hahaha....tapi tak pe juga sbb nak belajar sendiri.

dan dibawah ni hasil kerja tangan yg tak seberapa... :-)
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
tara......cantik tak? ahahaaa..biasa2 jer..


selamat ber.....quilling!
Semoga dapat menghasilkan seni yg unik dan menarik. Mudah-mudahan...... (^_^)


Thursday, September 13, 2012

Selamat Hari Jadi

Diva Deccy,,,

Hi, ini saya...di Pantai Tg.Bidara, Melaka. Selalu juga pegi sini..cuti2 ke Melaka. Banyak tempat2 menarik... yg bestnya, dekat pantai. Dapat makan ikan 'fresh.. :-)

13 September,
merupakan tarikh yang sangat bermakna buat saya kerana dapat meraikan ulang tahun kelahiran bersama anak saya yang sulung, Diva Deccy. Hari ini 13-09-2012, genap usiaku 29 tahun dan Diva pula genap usia 5 tahun.

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana sehingga hari ini, saya masih lagi dapat menikmati kehidupan ini bersama keluarga tercinta.

Dan...saya happy'...
Tercapai juga matlamat sya ...mengajar Diva, di mana buku tersebut (Buku Pantas Membaca) dapat dihabiskan sebelum hari jadinya. Kini, Diva sudah boleh membaca dan mengenal huruf. Lepas ni, nak beli buku Cepat Matematik pula.

Hadiah??
Ada. hihi...
angpau'....
ada lagi. itu sdn tau...hahaha....
Diva pulak dapat banyak hadiah.
Diva dapat 'angpau....dia tak kisah. Yang menarik minat dia cuma permainan...biasalh budak2.

Kek??
Kek tak penting sangat. sebab...anak2 saya bukannya suka makan kek.
Tapi, saya sempat jugalah buat kek koko basah.
Topping tak berapa cantik..
tapi kek ni boleh tahan juga. lembut dan sedap..
saya dapat resipi dr trymasak.



okey,
saya rasa gembira hari ini.
Terima kasih pada semua ahli keluarga dan rakan2 Facebook....
berpuluh2 ucapan Happy Birthday sya dapat hr ini..

Good Day Today!!
Thank's God.





Friday, August 24, 2012

Resipi Kuih Donut

Topping wat begitu-gitu aje...sbb sekejap ja da kena 'ngap'.

Kenalah letak manisan kat luar sikit...baru dpt 'rasanya'. :-) Tak de donut cutter, tak ape. Don't worry.. guna gelas dan penutup botol pun da kira okey...mcm donut kat atas tuu..

Pertama kali saya buat donut, ianya keras sikit...bentuknya pun...hurmm...memang kurang memuaskan.
kali ke-2 buat kuih donut, menjadi tapi......masih tak puas hati.
Banyak resipi kuih donut dekat internet boleh kita cuba..
Tak pernah menyalahkan repisi yang dicuba kurang menjadi kerana orang yang memberi resipi tersebut siap tayang gambar donut gebu yang dibuatnya...komen2nya pun memberangsangkan. Dari kita aje..(^_^)

Ok, buat anda yang belum pernah mencuba buat kuih ini, jangan risau kerana saya akan 'bocorkan' (isk3..mcm exam budak2 pulak) rahsia buah donut sedap dan gebu. First, kredit to blog budumasin.com dan  ayobhussin.com sebab...donut saya menjadi bila ikut resipi korang. Thank's ya!

RESIPI KUIH DONUT 
(9 - 12 Biji)

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis mauripan
2 sudu susu tepung
1 sudu marjerin
1 sudu gula
1/2 gelas air suam
sedikit air garam

Cara Masak:
1). Masukkan yis mauripan ke dalam air suam (1/2 gelas) dan kacau bersama 1 sudu gula. Biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.

2) Masukkan tepung, marjerin dan tepung susu ke dalam bekas dan gaul dengan air campuran mauripan (1) dan sedikit air garam.

3) Gaul dan uli. Pastikan adunan lembut dan biarkan 1/2 jam. Tutup bekas adunan dengan kain lembab atau plastik wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga ia naik 2 kali ganda.

4) Apabila adunan naik, uli adunan balik dan bentukkan doh.

5) Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 15 - 30 minit atau sehingga naik 2 kali ganda.

6) Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Elak guna api besar, nanti doh luar dah hangus tapi kat dalam belum masak.

dah siap.....untuk topping atau cara letak gula pada donut, sila lihat dibawah.

Teknik cetak Donut
(Cara ini digunakan bagi anda yang tidak mempunyai donut 'cutter' ....mcm saya..)
Bahan yang diperlukan ialah gelas dan tutup botol mineral.

1) Gelas: Tekapkan mulut gelas pada doh da pusing-pusingkan.
2) Botol Mineral: Buat lubang tengah doh
3) Leperkan doh, taburkan sedikit tepung lalu rata-ratakan supaya tidak melekit. Cetak doh guna gelas. Boleh cetak banyak2,,kemudian ambil baki frame doh. Barulah buat lubang tengah guna botol mineral. Lepas tu, pindah ke tray yang ditabur tepung supaya tidak melekit. Dh yang permukaan atas diterbalikkan ke bawah.

Teknik Letak Gula pada Donut
1) Toskan donut menggunakan tisu serap minyak.
2) Biarkan sejuk selama 15-30 minit.
Jangan sira kalau masih panas, nanti gula akan 'menais'.

Selamat mencuba!
Rugi tau kalau tak cuba... :-)







Friday, July 13, 2012

Buku Besar Pantas Membaca

Salam sejahtera,
Apa khabar?

Saya nak share dengan anda tentang buku yang baru saya beli untuk anak saya Diva Deccy iaitu Buku Besar Pantas Membaca. Sebelum ini, saya hanya menggunakan Buku Siri Cepat Membaca untuk mengajar Diva membaca. Bagi saya, kedua-dua buku ini sangat bagus dan masing-masing ada kelebihannya.

Beberapa Kelebihan pada:-

Buku Siri Cepat Membaca 
- Buku kecil, mudah dibawa
- Mempunyai VCD belajar Fonik dan Lagu Abu Ada Ayam
- Harga murah, semua mampu milik....dll.

Buku Besar Pantas Membaca
- Buku Besar, senang baca, kanak-kanak pun suka
- Ada gambar2 menarik
- Tersusun

Sangat bagus jika dapat memiliki kedua2 Buku ini. (^_^)

Saya copy paste dekat sini kebaikan buku ini yer... copy dari laman web edukidbooks.com tempat saya membelinya...

------)@
Pek Buku Besar Siri Bestari Pantas Membaca
Buku-buku dalam siri ini diterbitkan khusus untuk membantu kanak-kanak menguasai teknik bacaan. Membaca adalah jambatan ilmu. Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan huruf-huruf konsonan, huruf vocal, suku kata, perkataan, ayat-ayat mudah dan seterusnya ayat-ayat yang lebih kompleks.

Kesemuanya disusun dengan teratur dan teliti untuk mencapai matlamat agar kanak-kanak ‘PANTAS MEMBACA’.

CD Audio juga diberikan secara percuma untuk membantu melancarkan pembacaan kanak-kanak.
-----)@

Harga buku ini ialah RM135.20...tidak termasuk kos penghantaran. Beli sekali, guna sampai bila-bila... (^_^)


   

Tuesday, June 12, 2012

Diva - Jumpa Doktor Pertama Kali di Hospital Kuala Lumpur (HKL)

12-5-2012 (Selasa)

Hari ini, anakku Diva Deccy ada temujanji dengan doktor Neurologist di HKL.
Papa cuti, mama dan Nika pun ikut juga.

Hujung bulan depan, Diva akan berjumpa dengan Pakar Saraf.

Doktor kata, Diva perlu menjalani pembedahan kecil pada punggungnya untuk membetulkan saraf.

Kesian anakku Diva.

Oh Tuhan, berikan aku kekuatan.. Berikan kesembuhan untuk anakku Diva. Semoga segala prosedur yang akan dia jalani pada masa datang ini berjalan dengan lancar dan baik2 saja.



Banyaknya tol ..nk p kl ye..



ni pulak org dengan sarat kuih muih di motornya..
seronok pulak anak2 tengok..
jarang tengok. :-)
 

Masuk terowong..


Oh anak mama Diva dan Nika,
i love you so much.



Monday, May 28, 2012

Beli Buku Prasekolah Melalui "Online Store"

Salam sejahtera,

Rasa seronok hari ini kerana barang yang dibeli melalui on9 dari http://www.tadikaprasekolah.portalniaga.com sudah selamat diterima.  Anak-anak saya sangat teruja melihat buku2 prasekolah terutamanya Buku Gergasi Cerita Fabel Klasik bertajuk "Arnab Dengan Kura-kura". Buku cerita dengan Suku Kata ini sangat sesuai untuk anak sulung saya yang kini sedang belajar Siri Cepat Membaca Edisi 7. Banyak suku kata yg dia dah tahu baca...menaikkan semangat dia untuk belajar lebih rajin. Adiknya pulak, Nika 3th...suka melihat gambar yang besar dan berwarna-warni.

Saiz buku: 330mm (L) x 460mm (T) @ [13" (L) x 18" (T)]
Bilangan muka surat: 16
Berwarna
Jilidan pin




Bedtime stroies..
gambar sengaja blur dan mereng...:-)
anak mama yang sorang ni (Diva), susah tidur pakai baju tidur. Dia alergik peluh dan cuaca panas. Tidur pun kena pasang kipas meja walaupun kipas dinding da kuat. Ni je la mama cakap kat dia "kalau tak nak pakai baju, mesti kena pakai selimut..tutup badan, takut kena masuk angin".  Gambar ni, mama sempat ambik masa papa dorang baca cerita buku ini. bukan main seronok anak2 mama...tanya ini, tanya itu...excited dgn benda baru! Ini 1st time mama belikan buku cerita saiz besar. Rasanya nak complete cerita-cerita dalam siri ni :-)


Inilah buku-buku prasekolah yang saya beli. Buku ini sangat bagus dan berguna untuk kanak-kanak prasekolah. Ahaa...gambar gelap sikit. guna cahaya dari pc je..tak sempat tangkap gambar petang tadi...sebab bawa anak-anak ke taman permainan. Masa post dekat blog ni, anak2 da lena tidur...cian..mungkin penat.. 


Terima kasih ye admin blog tadikaprasekolah kerna sudi bkunjung ke blog saya yang tak seberapa ini. Menjawab kepada persoalan "buat nusery ke?". Tidak.

Susah nak cakap...mcm mn ye. Saya rasa macam kureng sikit nak guna term "homeschool" walaupun sebelum ni saya kata saya buat homeschool untuk anak-anak. Mungkin tak sesuai dengan term tu...sebab nak buat homeschool kena banyak step..mungkin "pendidikan anak di rumah"..kot. (^_^)

Sebenarnya, saya buat 'pendidikan anak di rumah' untuk keselesaan dan memenuhi keperluan pendidikan anak sulung saya Diva yg mempunyai masalah kesihatan. Walaupun demikian, Diva seorang yang sangat istimewa... dia penghibur keluarga ini, dia sentiasa happy..suka menyanyi..suka menolong..mudah menerima pelajaran..etc...sayang kami padanya tak terungkap oleh kata-kata.


Rakan Blogger

SEO